Friday 13 April 2012

no matter what,you're the queen of my heart,MAK.

petang tadi kan, bila tengah muka buku, my friend post something pasal Mother's Day. Its quite shocking. but for Yoon, dalam dunia niy macam macam. before Yoon bebel benda yang sukar ditelan neuron neuron pale otak tu, Yoon dah siap copy paste post yg dihantar tu. check it outttt~
Sejarah hari ibu telah dikenalpasti sebagai perayaan musim bunga orang-orang Greece, sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka. Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan sebagai "Mothering Sunday". Ia dirayakan pada hari Ahad keempat setiap Lent. Lent adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan Februari atau Mac. Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan. Dalam tempoh tersebut juga, kebanyakan rakyat England yang faqir dan miskin, akan bekerja sebagai pembantu rumah. Mereka sanggup keluar jauh meninggalkan keluarga kerana percaya bahawa Jesus akan memberikan kekayaan dan kesenangan dalam tempoh tersebut. Menjelang hari Ahad keempat, mereka digalakkan untuk bercuti oleh majikan, dan pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibu. Setiap ibu akan dihadiahkan dengan Mothering Cake atau kek hari ibu sempena perayaan tersebut. Amalan dan tradisi ini menular ke seluruh dunia dan ia kini disambut sebagai penghormatan kepada Mother Church. Mother Church dianggap sebagai kuasa spiritual yang agung yang memberi manusia kehidupan dan memullihara mereka dari sebarang kecederaan. Sejak dari itu, perayaan Mothering Sunday telah diadun dengan upacara kegerejaan. Penghormatan mereka terhadap ibu sama taraf dengan penghormatan mereka terhadap gereja. Di Amerika Syarikat, Hari Ibu disambut seawal 1872 hasil ilham Julia Ward Howe. Beliau adalah seorang aktivis sosial dan telah menulis puisi " The Battle Hymn of The Republic" (TBHoTR). TBHoTR telah dijadikan lagu patriotik yang popular di kalangan warga Amerika. Ungkapan "Hallelujah" dalam bait-bait lagu tersebut menyerlahkan lagi sentuhan Yahudi dan Zionis dalam mencaturkan politik dunia. Pada tahun 1907 Anna Jarvis dari Philadelphia telah memulakan kempen untuk melancarkan Hari Ibu. Beliau telah berjaya mempengaruhi Mother's Church di Grafton, West Virginia agar meraya dan meraikan Hari Ibu pada hari ulang tahun kedua kematian ibunya, iaitu pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Semenjak dari itu, Hari Ibu dirayakan saban tahun di Philadelphia. Anna Jarvis, dan pendokong-pendokongnya telah menulis surat kepada menteri, golongan peniaga dan ahli-ahli politik agar Hari Ibu disambut secara meluas di seluruh wilayah. Matlamat mereka telah berjaya sepenuhnya pada tahun 1911 apabila hari tersebut disambut oleh hampir keseluruhan wilayah Amerika. Pada tahun 1914, Presiden Woodrow Wilson, secara rasminya telah mengisytiharkan Hari Ibu sebagai Hari cuti umum dan mesti raikan pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Biarpun sebahagian besar negara-negara di dunia menyambutnya pada hari yang berlainan, tetapi negara seperti Denmark, Finland, Itali, Turki, Australia, dan Belgium masih merayakannya pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei.

so what do you think? I'm not that diligent to do all those research regarding these issues. Yoon macam malas sikit nak google. sebab malam ni Yoon malas. selalunya Yoon rajin la jugak. maybe sebab Yoon tak dapat meronngeng kereta kancil along kot. okay enough!! its outta topic.

frankly speaking, for me, I'll just share this post as a reminder especially for Muslims. well, as we all know, there are so many plans out there being created for us, just to see we break up the bonds between us. seriously. sedar atau tak sedar. pasal benda ni, lebih baik kita beware and try to think something to overcome these kind of matter. I just did it. I shared the post. the rest is in your hand.Yang baik kita ambil, yang tak baik kita buang dalam tong sampah tepi bilik tu. Err, takde enh? Tak kisah la janji tong sampah.

even this is just a "propaganza" (terpengaruh video awal lamar scha) , tak semestinya pada Mother's Day je kita cherish our moms kan? Tiap tiap hari boleh menggedik mengada dengan mak. Seriously. She is someone special to us. Not only on certain days, but always and forever. Syurga kan di bawah telapak kaki ibu, tak gitu :DD

sayang mak! XOXO

2 comments:

  1. muka photostat lah..sumpah sama gila..this is what we call like mother like daughter..*ada ke bnda ni? taram je lah*

    ReplyDelete
  2. hahaha. styel style. kau mmg layak masuk super spontan der. masuk dlm vocab baru. haha

    ReplyDelete