Saturday 12 May 2012

crying alone in the middle of the night.

mungkin ramai yang tak tahu. Ruby and Kitty are not with me anymore. they have been taken to someone else. dan ketika aku tulis entry ini, mata aku masih berair. Betapa Allah sahaja tahu sayangnya Yoon pada diorang. Especially Ruby. My only Ruby.kenapa?hmm, mungkin ramai yang tidak akan faham. malah Yoon pun tak faham pada mulanya. kenapa diorang perlu diambil daripada Yoon? 




ketika Ruby dan Kitty masih baby baby

"kita dah tak boleh jaga dah..especially diorang kucing betina. and makin membesar. mak tak mampu nak jaga dah kalau diorang beranak, adik..susah kalau kita nak pergi jalan jauh, siapa yang akan jaga. " and the conversation went on and on. and I can't stop crying. and even Rudy dan Itam sepatutnya "diambil" dari Yoon. Allah's fate, Rudy dan Itam stay with us.

..."adik tak kisahlah dengan keputusan mak abah.." and I can't say anymore. masuk bilik dan call Raja.nobody answered.call Mai. and I cried. heavily.

dan petang tu, mak panggil Yoon untuk tengok Ruby and Kitty for the very last time. muka Yoon selamba sahaja. dan berkata tak perlu. And I went to my room and acting like nothing happened. and the night went just like that.aku tak tidur pada malam itu. yes, I didn't sleep at all. I waited for everybody to fall asleep and when the times come,I cried out of my heart. 

Ya Allah,terbayang bayang Ruby bergesel gesel pada Yoon. terbayang bayang Ruby tidur di paha Yoon. terbayang bayang Ruby yang suka merengek rengek pada tengah malam....dan Yoon mula terbayang bayang akan kesemuanya.dan Yoon menyesal, kalaulah Yoon luangkan lebih masa dengan Ruby waktu itu? walaupun Kitty juga tiada, pedih ketiadaan Ruby paling terasa. kerana Yoon paling rapat dengannya.dan Yoon..sangat sangat sayang padanya.bagai darah daging sendiri. Ketika Ruby kehilangan ibunya, Cikity, Yoon pernah mengambil tugas menyusukan Ruby. comel je waktu tu. terpaksa gunakan syringe susukan Ruby dengan susu anak kucing. dari kecil...dari kecil Yoon jaga. dan selama Yoon hidup,Ruby kucing yang paling Yoon sayang. dan Yoon masih menangis ketika menaip entry ini.

Beri kekuatan Ya Allah untuk tabah. probably nobody knows how do I feel right now. Its just when you have a cat, you'll feel deeply loved inside, and it grows stronger each day. sebab dialah kucing peliharaan kita, kesayangan kita, dan teman kita.

Entry ini adalah luahan rindu seorang tuan pada haiwan peliharaannya. bukan sekadar haiwan peliharaan, namun sahabat paling akrab.dan bagi aku yang tiada adik atau kakak, haiwan peliharaan ini sudah nyata memberi seribu makna.


"kalau kakak dapat jumpa Ruby lagi nanti, jangan lupakan kakak taw. sebab kakak tak pernah lupakan Ruby...jadi, datang kalau kakak panggil."

If we ever meet again.

No comments:

Post a Comment